VITAMIN MIRACLE: April 2018

26 April 2018

Pemakanan Sepanjang Wanita Berpantang






Antara makanan berkhasiat yang sebaiknya dimakan ketika berpantang adalah;-



Jamu Kebanyakan ibu-ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, jamu tidak sesuai dimulakan di awal waktu berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan sebab sifatnya yang panas. Jamu juga tak digalakkan sebab kebanyakan bayi lepas lahir ada Jaundice.. Kena tunggu Jaundice disahkan tiada oleh doktor baru boleh makan jamu... Kebanyakan jamu tak sesuai diambil ketika masih ada nifas... Jadi kena pastikan jamu yang benar-benar sesuai untuk badan.



Rempah Ratus – Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu. Antara rempah ratus yang biasa digunakan dalam masakan ialah..  kulit kayu manis, jintan, lada hitam, halba dan sebagainya.



Bawang Putih – Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.



Halia Muda – Halia bagus ditambah ke dalam masakan kerana ianya boleh memecahkan angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.



Kunyit Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.



Asam Jawa – Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh.



Sayur dan ulam-ulaman – Sayur dan ulaman membantu ibu untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin serta mfineral untuk membantu mengembalikan kecergasan ibu berpantang.



Sawi – Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin di dalam tubuh ibu. Tapi kena pilih sawi yang sesuai dengan tubuh badan kita...sebab sawi ada banyak jenis... Ada beberapa jenis yang mungkin tak sesuai dengan badan.



Pegaga – Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa selepas bersalin. Sedap dibuat ulam... Tapi pegaga jenis daun kecil lagi sedap dari pegaga gajah..



Peria – Peria sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Ibu berpantang perlu menjaga pemakanan untuk mengelakkan buasir yang mudah menyerang ketika berpantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu serta melancarkan peredaran darah. MF tak boleh makan peria sebab berangin badan... Mungkin bagi orang lain takde masalah...



Ikan tenggiri dan haruan – Pemakanan ikan tenggiri dan haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah. Berpantang kali ni tak makan ikan haruan sebab takde jual dan susah nak dapat...



Ayam dan daging – Ia merupakan sumber protein haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin. Setakat ni makan ayam je.. Daging belum makan lagi... Insha Allah.. Lepas 44 hari berpantang akan makan daging pula untuk sambung pantang 60 hari.



Buah Oren: Buah oren bagus sebagai bekalan vitamin C semulajadi dan agen Penyembuhan dalaman dan luka luaran. Ni lah buah yang selalu dok makan pun dalam pantang... Kalau ikut orang tua dulu.  Buah tak boleh makan langsung... Tapi pantang tu rasa macam tak boleh nak terima...sebab ada je buah yang sesuai tak bersifat sejuk, berair dan berangin seperti buah oren ni..



Alhamdulillah..  
Sentiasa berdoa moga Allah  beri kesembuhan cepat... Itulah wanita kan...Pengorbanan besar Supermom!!




CADANGN MENU 1:


CADANGAN MENU 2:


CADANGAN MENU 3:

CADANGAN MENU 4:
CADANGAN MENU 5:
CADANGAN MENU 6:
CADANGAN MENU 7:
CADANGAN MENU 8:
CADANGAN MENU 9:
CADANGAN MENU 10:
CADANGAN MENU 11:

Ha...itu secara tradisional, bagi yang tak larat nak makan banyak dan nak bekalkan nutrisi cepat dan pantas ada cara moden.  Apa lagi Set Berpantang Shaklee yang Superb!!!

.





Ha..inilah dia as recommended by Shaklee..dan kalo yang nak cepat baik luka tu add je zinc.. tapi buat masa sekarang zinc compleks masih belum ada.  Set ini sampai lepas pantang, then Bf anak sampai nak pregnant balik pon boleh ni..mantain kesihatan, kewanitaan.

Disyorkan juga tambah Gla Compleks untuk mengimbangi hormon selepas melahirkan anak.

Kenapa perlunya semua set ni?

Energyzing soy protein (ESP)
  • ESP adalah protein soya Non-GMO yang amat penting dalam kehamilan terutama pada trimester ke 2 dan ketiga kerana pada waktu ini bayi berkembang dengan pantas.
  • Merupakan blok2 pembinaan asas bagi janin dan ibu
  • Membantu dalam penghasilan susu ibu selepas bersalin
  • Membantu dalam penghasilan kolagen yang juga amat penting dalam pembentukan tulang rawan,otot-otot dan tulang fetus
  • meningkatkan sistem imun bayi dan ibu
  • Mengelakkan kekurangan vitamin c pada bayi selepas lahir (exclusive breastfeeding)
Vitalea
  • Membantu membekalkan zat besi yang secukupnya ketika hamil
  • Elak risiko anemia dan kelahiran kurang matang
Bcomplex
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting sepanjang kehamilan dan selepas bersalin
  • Pengambilan yang konsisten membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%
  • membekal kan tenaga, penghasilan hormon dan sel darah merah
  • menyokong sistem saraf
Ostematrix
  • Lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang efektif
  • 40% daripada susu ibu mengandungi kalsium, jadi sangat membantu dalam penyusuan susu ibu 
  • Ostematrik sangat penting selepas bersalin bagi mengelakkan sembelit sepanjang proses berpantang.  Sembelit yang paling ditakuti sewaktu berpantang.


Omega Guard
  • Anti Keradangan
  • Melancarkan peredaran darah ibu yang berpantang di samping menjaga kesihatan ibu dan anak sepanjang berpantang.
  • Meningkatkan IQ bayi yang menyusu dengan ibu dalam berpantang.


Alfalfa
  • Digunakan secara tradisional dalam meningkatkan penghasilan susu ibu(milk booster)
  • Menghalang masalah sembelit dan retensi air
GLA
  • Mengimbangi hormon ibu selepas bersalin 
  • Hormon ibu seperti roller coaster sepanjang kehamilan dan selepas bersalin, jadi GLA memainkan peranan penting bagi mengembalikan keseimbangan hormon dan mebantu keadaan period lebih teratur.

 Testimoni  Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee
 




Moga Infomasi membantu ibu yang sedang dalam berpantang..
Boleh wassup kak ja www.wassup.kakja.my/0127677266/setberpantang

25 April 2018

Tips Keluarga Bahagia


Setiap manusia di dalam dunia ini inginkan keluarga yang bahagia. Anak-anak yang sihat dan keluarga yang sempurna.  Sentiasa berkasih sayang dihindarkan daripada sebarang masalah. Kak ja share apa tips menjamin keharmonian rumah tanga bahagia aman dan damai.



10 TIPS KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

1) NIATKAN UNTUK MEMBERI

Dalam perkahwinan, niatkan hati untuk memberi bukannya menerima…..Memberi adalah lebih mulia daripada menerima….Jadikan diri sebagai suami/isteri terbaik pilihan hidup pasanagan….Bukan perlu berpura-pura tetapi cuba menjadi yang terbaik….Untuk hidup bersama selamanya…..Terdapat pasangan yang suka membuat kejutan dengan menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada pasangan apabila tiba hari ulang tahun perkahwinan ataupun hari lahir pasangan….Situasi ini sememangnya sangat dihargai oleh pasangan anda…..Namun begitu, apabila suami/isteri sedia memberi segalanya, suatu masa nanti mereka akan lupa untuk menunggu dan mengharap hadiah daripada pasangan….Ini kerana, mereka sudah merasa bertuah mempunyai pasangan sebaik anda dalam hidup mereka….

2) FOKUS KEPADA KELEBIHAN

Elakkan daripada suka membanding-banding rupa paras, sikap dan fizikal pasangan dengan orang lain….Walaupun mereka tersenyum, tertawa,siapa boleh jangka apa kata hati mereka?….JAdi, waspadalah dalam tutur kata….Mereka memilih anda, maka anda juga perlu menerima mereka seadanya….Jangan terlalu fokus kepada kelemahan mereka seperti tidak tahu memasak, tidak tahu menggosok baju, dan sebagainya…..Tetapi, jika mereka tahu untuk mengemas rumah dan menjaga anak…Itu juga kelebihan….kelebihan yang tidak ada pada insan lain tetapi pada pasangan anda….

Setiap insan diciptakan tidak sempurna, masing-masing mempunyai kelemahan dan kekurangan diri masing-masing yang hanya anda ketahui apabila sudah berkahwin…..Jika si dia mempunyai kelemahan atau kekurangan, elakkan daripada mencanang kelemahan mereka kepada rakan-rakan…Walaupun ia hanya sebagai gurauan…..Jagalah aib mereka dengan sebaiknya…Jika anda inginkan mereka berubah, anda perlu perhatikan diri sendiri terlebih dahulu…..Adakah anda juga perlu berubah? atau anda sudah sempurna untuk si dia?
.Jangan biarkan diri terus mengharap untuk si dia berubah, anda lah yang perlu berubah terlebih dahulu….Tetapi ramai juga yang mengatakan sekiranya si dia berkahwin dengan saya, maka si dia sedia menerima segala kekurangan dan kelemahan diri sendiri….Benarlah, segala kekurangan dan kelemahan diri sendiri perlu diterima oleh pasangan….namun, anda juga perlu berubah jika ada sikap anda yang tidak disukai pasangan….Berubah untuk keharmonian rumah tangga sendiri, bukankah lebih baik?

3) MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

Suami/isteri wajib melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya….Elakkan daripada mengabaikan tanggungjawab yang telah digariskan….Seeloknya, banyakkan perbincangan agar tidak berlaku ungkitan di masa akan datang…Bagi suami, tanggungjawab mereka terhadap isteri tidak boleh lebih daripada tanggungjawab ke atas ibu kandung….Namun, bagi isteri, tanggungjawab mereka adalah lebih utama kepada suami….

4) NIAT KERANA ALLAH

Niatkan di awal perkahwinan hanya kerana Allah. Untuk mendapat redha Allah bukan hanya untuk bersuka-suka dan menghalalkan yang haram semasa belum berkahwin.  Apabila sesebuah perkahwinan diniatkan kerana Allah, in sha Allah kebahagiaan akan menjadi milik keluarga tersebut.

Dirikan solat secara berjemaah, menunaikan solat di masjid bersama-sama, bermuzakarah, bertalaqi mushafahah membaca alquran dan sebagainya…Amalan-amalan ini akan menyuburkan keharmonian sesebuah rumah tangga. Anak-anak juga akan menjadikan ibu dan ayah mereka sebagai role model dalam kehidupan mereka.

5) MENDOAKAN PASANGAN

Cara paling mujarab untuk mengikat hati pasangan adalah dengan memohon doa kepadaNya….Kerana hati ini semua milikNya…Dia lah yang menggerakkan hati dan mengikat hati seseorang itu…..Kudrat fizikal tidak mampu mengawal setiap gerak geri pasangan….Mohon padaNya agar sentiasa ditetapkan hati pasangan untuk sentiasa mengingati suami/isteri….Berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga, kehidupan yang harmoni bersama anak-anak dan sebagainya. Berdoa dengan cara yang spesifik….sebutkan nama pasangan….pohonkan apa sahaja yang dihajati….

6) HORMATI KELUARGA MERTUA

Apabila seseorang itu berkahwin, keluarga mertua adalah keluarganya juga…Ibu dan bapa mertua ibarat ibu dan bapa kandung….Hormati mereka dan layani mereka dengan adil….Zaman ini, kebanyakan punca penceraian berlaku adalah kerana tiada rasa hormat terhadap keluarga mertua.

Apabila tiba musim perayaan, lakukan giliran….Jika balik berhujung minggu, pastikan gilirannya adil untuk kedua belah pihak….Lakukan perbincangan bersama pasangan bagi memperoleh persetujuan bersama….

7) ELAKKAN MENABUR CERITA

Elakkan daripada menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain sama ada teman rapat ataupun tidak…Ini bagi menjaga hubungan baik antara suami dan isteri….Jika suami/isteri suke bercerita tentang keburukan pasangan kepad orang lain, ia boleh menjadi punca kepada pertelingkahan di dalam rumah tangga.  Jika ada sesuatu yang terpendam di dalam hati, luahkan dan berkongsi cerita dengan pasangan.

8) MEMOHON MAAF

Kadang-kadang akibat keletihan di tempat kerja, terdapat suami/isteri yang tidak sengaja telah memarahi pasangan mereka….Maka, apabila sudah sedar, segeralah meminta maaf….Seandainya pasangan tidak meminta maaf, anda mulakan langkah untuk memohon maaf.  Bersihnya dan sucinya hati apabila sering meminta maaf dan memohon maaf.  Memohon maaf tidak bererti diri sendiri bersalah, tetapi juga merupakan cara untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

9) MEMUJI 

Kerapkanlah memuji pasangan seikhlas hati….Pujian daripada seorang suami/isteri amat bermakna buat pasangan…Terutama apabila ia mengenai rasa masakan isteri…..Isteri sedang belajar memasak menu baru, suami memuji menu itu sedap dan enak….Timbul rasa bahagia dalam hati isteri….Begitu juga dengan suami yang memasak, jika mendapat pujian isteri, pasti merasa gembira walaupun hakikatnya suami tidak tahu memasak….Elakkan memberi komen-komen negatif yang mematahkan semangat pasangan.

10) TEGURAN

Ucapkan teguran dengan cara berhemah bukannya dengan cara memarahi dan menengking….Bimbang ada hati yang terguris…Jika berlaku ketidaksefahaman, lakukan teguran di mana silapnya dan atasi dengan baik….Teguran yang berhemah boleh menyejukkan keadaan….

Semoga tips ini bermanfaat untuk para suami dan isteri yang ingin mengekalkan keharmonian rumah tangga…
Selamat beramal!!
Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…
 


Selain daripada itu kak ja tambah lagi 10 tips keluarga bahagia yang ringkas supaya dapat dimanfaatkan selalu.

Allah suka kepada insan yang suka berdoa.  Selalu doakan keluarga semoga dijaga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t


VITAMIN MIRACLE © . Designed by MaisarahSidi.com