VITAMIN MIRACLE: Petua Tambah Susu Badan

24 April 2018

Petua Tambah Susu Badan




PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN UNTUK BAYI YANG SIHAT


Dalam kita mengharungi zaman moden ni, jangan sesekali kita lupakan petua orang-orang dahulu tau.. apatah lagi bab-bab penjagaan diri wanita semasa mengandung, semasa di dalam berpantang serta penjagaan dalaman wanita selepas melahirkan anak.

Kali ni saya nak share beberapa petua banyakkan susu badan secara tradisional. Semoga makanan-makanan yang disenaraikan ni dapat membantu anda untuk menjayakan penyusuan bayi anda selama 2 tahun.. (^_^)



Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dantempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akanmenyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurangkalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlahkalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulutdan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuksendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum airdan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Cadangan Makanan Sepanjang Proses Penyusuan

- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkanditampal pada payu dara ibu,  dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagaiulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawangputih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susukambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya danrebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yangdalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukanbayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisanbawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakansupplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkanpertambahan kandungan susu


       ♥ Baca surah Al-Baqarah ayat 60. Sambil baca letakkan tangan pada breast.


Doa tambah susu badan





    Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

    ♥    Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari. 
    
     ♥   Tuam tuala suam ke atas payudara♥    Urut belakang♥    Urut payudara♥    Urut breast pakai sikat—mcm sikat rambut♥    Sentiasa berfikiran positif♥   Invest pada pam susu yg berkualiti♥    Kerap menyusukan bayi♥    Kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati♥    Doa & tawakkal



    Risau susu badan anda merudum atau tidak mencukupi? Nak cuba cara moden yang dah berjaya membantu ramai ibu berkerjaya di luar sana? Jom Dapatkan set penyusuan extravaganza.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRW7uTfz7ZPehm9GVIq69crUreOHMzWDyJJ49_FoQy_W_XX693pgWTn4WVQM1Ql8O5drWzU2ykjGH0bt5SN_3ES05EULi98K2d1mUtQbJOpZ5WYWX2H2CZNp71ROQoNMvEyqN3MsJ6FF0G/s1600/set+penyusuan+shaklee+3m+lengkap.jpg

  
    Ramai ibu-ibu yang menyusukan anak sangat2 berpuashati dengan set penyusuan lengkap shaklee.  Kak ja sertakan 2 testimoni pelanggan yang sangat2 berpuashati dengan set ini.





  Hubungi saya untuk pesanan & pertanyaan:



  Kak ja (922957)

  012-7677266 (SMS/Whatsapp)




Komen
0 Komen

No comments:

VITAMIN MIRACLE © . Designed by MaisarahSidi.com