Cantik? Gebu? Menarik?
Siapalah yang tak inginkan kecantikan?
Kecantikan dan wanita tak dapat dipisahkan. Kulit yang bersih, sihat, gebu dan cerah putih memang menjadi dambaan setiap wanita di Malaysia khususnya amnya di seluruh dunia. Pelbagai cara, pendekatan untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Ada yang berhabis wang ringgit, membuat suntikan kolagen, suntikan vitamin c dan tak kurang juga yang membuat rawatan kulit di luar negara. Kulit wajah yang menawan sentiasa dijaga dengan pemakanan yang seimbang, tidur yang cukup dan sentiasa mengambil makanan tambahan yang sesuai.
Bagi wanita yang ada kulit bermasalah, mereka lebih tertumpu kepada alat komestik iaitu cream dan pencuci muka. Sedangkan mereka tau, luaran sahaja tidak mampu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Harini kak ja nak berikan dan share tips penjagaan muka untuk semua supaya dapat diamalkan dalam rutin kita seharian. Kebersihan yang perlu diutamakan lebih-lebih lagi di peringkat remaja.
Cara Penjagaan Muka
Wajah
adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri,
ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah
Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.
Tetapi
bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini
menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips
yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.
1. Kurangkan memakai
pencuci muka
Orang
kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?
Pencuci
muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan
berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil
control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja.
Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah
cukup.
2. Jangan campur produk
kecantikan sesuka hati
Cara
jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai
pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi
rosak.
3. Serbuk teh dan madu
Campurkan
serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan
lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut
dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya
untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan
bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. Wap panas
Ini
cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan
mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun
bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun
tersebut hingga bersih.
Masukkan
daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih,
angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang
membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau
tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan
periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk
mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam
15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota:
Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. Masker bedak sejuk
dan madu
Ini
cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu
dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan
bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa
tegang dan liang roma mula mengecil.
6. Masker putih telur
atau pati timun
Ini
juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan
seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah
dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan
kering. Kemudian bilas dengan air.
7. Teh hijau (Green
tea)
Minum
teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida
yang boleh mengurangkan jerawat.
8. Minyak sayuran
Gunakan
minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. Senaman muka
Cara
jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“.
Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat
menguatkan otot muka dan bibir.
10. Kurangkan menyentuh
wajah
Ini
cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh
wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada
jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan
kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau
hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau
air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air
biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria
dan kuman.
Selamat mencuba!
Tinggalkan komen di ruangan blog kak ja.
www.wassup.kakja/my/0127677266